Wednesday, December 30, 2009

AL-KISAH 3 WAWASAN I

wow!!! tak sangka kelas saya masuk dalam majalah sekolah!Thanks shahirah


Salam sejahtera tirai pembuka,

Salam sayang penghidup suasana,

Kepada kalian para pembaca,

Ini al-kisah 3Wawasan 1.


Bermacam kerenah dan juga gaya,

Dipersembahkan oleh bebudak 3 Wawasan 1,

Bukan memerli dan mengata,

Sekadar bercanda semata-mata.


Pn.Huzairah 'sporting' orangnya,

Subjek Sains diajarnya,

Mummy Huzai gelaran si dia,

Our form teacher itulah dia.


Amirul dilantik menjadi ketua,

Menjunjung tugas dengan saksama,

Suka menyanyi sepanjang masa,

Itulah Shahira asistannya dia.


Beban tergalas wahai si bendahari,

Itulah Athira gerangan diberi,

Bagaikan ceti lagaknya diri,

dapat duit bak menang loteri.


Duduk di tingkap ternanti-nanti,

Kacau orang memangnya hobi,

Umairah dan Laila si gadis sunti,

Zul dan Fahmi join sekaki.


Kalau buka mulut riuhlah dunia,

Ada saja ceritanya dia,

Diana dan Eka nama mereka,

Fazira membisu,haziq membuta.


Suasana bergema bila bersuara,

Ketawa pula haru jadinya,

Wan dan Shahir punca angkara,

Buat member lain terngaga-ngaga.


Buku dan gelak tawa teman sejati,

Faheem dan Chee Herng empunya diri,

Zhi Rong,Jun Cheng dan You Wei turut sekaki,

bila exam expert sekali.


Voon Chuan dan Tai Tieng sahabat setia,

watak pembuli dilakonkan mereka,

Sekali pandang macam hero Malaysia,

Dua kali pandang student rupanya.


Suresh dan Kabilan badut Malaysia,

Subjek Inggeris di conquer mereka,

Meenachi pot pet diberi nama,

Itulah mereka Neevetha dan Hema.


Bila nak mula peperiksaan,

Sin Yee and the geng tak lalu makan,

Sibuk mengulangkaji pelajaran,

Apa nak buat?Redha aja pada tuhan.


Chung Hou dan yang lain malas nak study,

Dekat nak exam minum kopi,

kononnya cerita bagi terang hati,

Exam day pula terkancing gigi.


Assalamualaikum penutup bicara,

Sayonara kepada para penbaca,

Tirai penutup al-kisahnya cerita,

Sekian sahaja maaf dipinta...










Tuesday, December 29, 2009

RESULT PMR

Wahhhh!!!!!!24.disember adalah hari bersejarah bagi aku.PMR.Walaupun aku target 8A dalam PMR,dan aku mendapat bukan apa yang aku harapkan,aku bersyukur.

Guess what the result that i get?I got 7A IB!!!!!

RUGIKAN.....

  • BAHASA MELAYU-------------A
  • BAHASA INGGERIS-----------B
  • MATEMATIK---------------------A
  • SAINS------------------------------A
  • SEJARAH------------------------A
  • GEOGRAFI-----------------------A
  • KEMAHIRAN HIDUP ERT----A
  • AGAMA ISLAM------------------A

Tapi,bersyukur sangat!!!!!

hadiah???dapat chocolate from my auntie also money from my another auntie.

My parents will give me handphone if I get to school at asrama.

Saya dah mohon SBP dan MRSM kat Mersing.UKKM pun dah lepas.Hanya tinggal tunggu result jer lah.Harap-harap dapat.Amin............